1 bulan lepas kematian Kiki tersayang, kami g survey beberapa blog, website, cari kat belakang rumah, kedai, time cari mmg x jumpa. so, eventually kami g petshop. ada banyak kucing tengah tunggu utk adoption. kesian lak tengok muka diorg, tapi apakan daya, kami nak kittens gak. Macam Kiki dulu. In fact, kalau boleh, nak yang serupa Kiki gak. Sedih x hilang lagi ni... sampai sekarang pun..
So, 1st round survey, adalah beberapa kittens dari bermacam2 breed, lingkungan harga RM150 sekor. Kebanyakannya sakit mata so doktor xnak discharge.
2nd round datang lagi survey kut la ada yg baru, masih lagi kittens yg sama & masih sakit mata. So, tengok2 jer la. Sekali masa tengah dok tengok2 tu, ada staf kata, nak x kittens? Eh memang nak la. kalau free laaaagi la nak. Tapi of course la x kan.
Wahh comelnyer!!!
Nak!! Tapi bila staf kata RM150 sekor, mcm nak tercekik rasanya. tapi suka punya pasal, book 2 ekor buluuss.. this time mmg kena emphasize bulus sbb mmg panjang bulunya. Domestic Long Hair.
6/2/19, 2 ekor bulus ikut kami balik. setelah nego dgn owner, dapat la RM100 sekor.
Green Mom & Kitten RM17/kg |
Promo sikit. Kalau Melayu x promo Melayu, mmg x patut |
8/2 - Choki & Chiki kena cirit birit plak. masa datang aritu perut buncit, xtau la cacing ke apa, sekali pas cirit birit jadi kurus giler nampak tali gitar (tulang rusuk). Pengajaran! Jangan bagi minum baja haiwan pada kucing2 bawah 3 bulan. Especially yg belum diberi ubat cacing. Bancuh ikut arahan & spray badan. Dulu pernah bagi kat Kecik (anak kucing belaan sekejap pastu hilang tah kemana, sedih) pastu dia cirit jugak. tapi dah lupa sbb dah lama.
Bagi biskut xnak, beli wet food kat kedai, makan, tapi sekali tu je, pastu berak lagi. buat ayam rebus + bayam + telur, makan sikit pastu xnak jugak. biskut + susu kambing (mahal ni) xnak juga. buat ikan rebus + nasi, makan sikit pastu xnak. hilang akal aku. Sampai adik x selera makan sbb kittens x makan.
9/2, magrib. setelah stress nak mampus kena nagging oleh adik..
Chiki 600gm |
Choki 600gm |
Maxhico Deworming Syrup - RM10.50 |
Kesannya, masih cirit setelah diberikan ubat selama 48 jam. But at least nampak lebih bertenaga berbanding pd 8/2 tu. Masih force feed guna syringe. Bubur nasi + ikan sardin rebus (bukan tin punya)
Hari ni, 11/2, nampaknya dah boleh makan & minum dengan sendirinya. Dah panjat tangga. ni senyap je dah g mana plak.
Chiki suka tidur dalam bilik. Cat carrier Kiki dijadikan bilik. Pintunya dah karat. |